Matsumoto Minyak Umpan Udang code 039 (pekat)
Target: Udang Galah, Udang Harimau
Sesuai untuk: Sungai dan kolam bayar
Umpan pemikat udang berasaskan minyak yang pekat ini telah dirumuskan khas untuk memancing udang. Umpan pemikat beraroma kuat ini dibuat daripada bahan gred makanan, memberi tarikan tambahan pada umpan anda supaya lebih cepat dikesan udang.
Cara mengguna:
1) Campurkan beberapa titis Minyak Pemikat Udang dengan umpan pilihan (umpun-umpun, cacing, udang beras, ikan gapi, organ haiwan dan lain-lain).
2) Gaul rata dan perap dalam bekas tertutup selama 5 minit (kolam), 15 minit (sungai).
3) Selepas perap, umpan udang siap digunakan untuk mencari Jenggo.