Mualim Muda merupakan rancangan Islamik terbaharu di Astro Oasis yang memberi fokus kepada pencarian pemuda berjiwa dakwah. Program ini menghimpunkan sepuluh peserta terpilih yang dinilai melalui penyampaian tazkirah, kefahaman ilmu agama, kepimpinan serta keupayaan berkomunikasi secara berkesan dalam konteks masyarakat masa kini.
Sepanjang siaran, peserta dibimbing dan dinilai oleh barisan tokoh dakwah serta selebriti berpengalaman. Mualim Muda bersiaran mulai 19 Disember, setiap jam 9 malam di Astro Oasis dan Astro Prima, serta boleh ditonton secara On Demand menerusi Astro GO dan sooka.
Japan