Antara pembaharuan utama Kilauan Emas 2025 ialah penurunan had umur penyertaan kepada 43 tahun, sekaligus membuka peluang kepada lebih ramai bakat baharu generasi otai untuk menyerlah di pentas profesional. Program realiti popular ini dikendalikan oleh Elly Mazlein sebagai hos utama bersama Joey Daud yang mengacarakan segmen belakang pentas.
Barisan juri pula menampilkan nama besar seperti Erra Fazira, Roy Azman, dan penyanyi bersuara emas Ning Baizura. Musim kali ini turut memperkenalkan Zarul Umbrella sebagai hos segmen Spotlight, manakala Keanu Azman dan Sarah Karmila mengendalikan segmen Live+.
Saksikan perjalanan para peserta yang lebih berbisa musim ini, penuh dengan drama, persembahan hebat, dan bakat otai. Siapakah yang bakal bergelar juara Kilauan Emas 2025?
Jom usha Kilauan Emas:
Bermula: 16 Ogos
Hari: Sabtu
Masa: 9 malam
Saluran: Astro Prima & sooka