SNT Penyembur Tekanan Tinggi
Produk terbaru daripada SNT Agriculture. Penyembur ini hadir dalam dua versi iaitu versi pendek dan panjang. Versi pendek mempunyai panjang 1.5 kaki, manakala versi panjang ialah 5 kaki. Kedua-duanya merupakan penyembur tekanan tinggi yang direka untuk memudahkan dan mempercepatkan proses penyemburan baja foliar ke atas tanaman anda. Ia mempunyai kuasa tekanan yang sangat tinggi dan dibina dalam reka bentuk satu keping untuk kemudahan penggunaan.
Ciri-ciri:
Getah Anti-Bocor
Injap pelaras air di bahagian belakang
Kukuh dan Tahan Lama
Reka Bentuk Satu Keping (One-Piece Molding)